landscape

Carilah disini

Mengenai Saya

My photo
Married woman, mom with five children, I,m a tailor, baking cake, biscuit, like to explore website, making friends, making bussines, I like shopping, holiday

Friday, June 19, 2009

DAUN KESUM


Daun Kesum ialah sejenis herba dalam masakan.
Ianya berbau harum, menyelerakan dan
dapat menghilangkan bau Ikan yang hanyir.
Biasanya ia dicampurkan dalam masakan seperti,
Asam pedas ikan Mayong, Duri(ikan
yang berbau hanyir dan banyak lendir).
Iayanya juga bolih terdapat dalam masakan
Laksa. Laksa Johor, Laksa asam.

BONSAI


Memang cantik dipandang. Menjadi kegilaan peminat-peminat
Bonsai.

HERBA


POKOK KECUBUNG

Khasiatnya: untuk mengubati penyakit resdung,
untuk bayi kembung perut,
untuk merawat angin pasang bagi bayi lelaki.

POKOK PANDAN WANGI




POKOK DAUN LIMAU PURUT




POKOK DAUN CEKUR




POKOK LEMPOYANG



POKOK MAS COTEK


Pokok Mas Cotek ada beberapa jenis. Orang cina kata ,
Pokok Daun Mas. Pokok ini baik ditanam di sekitar halaman
rumah untuk di buat hiasan. Menurut pepatah orang cina
pokok ini boleh membawa ong (keuntungan).

Namun begitu bagi orang-orang melayu, pokok ini adalah
sebagai ubat atau penawar rawatan tradisional. Daunnya
dikeringkan, direbus dan diminum airnya untuk mendapatkan
khasiatnya untuk kesihatan lelaki dan perempuan.

Pokok Emas Cotek ataupun Mas Cotek merupakan sejenis pokok
herba yang digunakan dalam bidang perubatan Melayu. Dalam
perubatan Melayu pokok mas cotek ini dibahagikan kepada mas
cotek jantan (berdaun kecil) dan betina berdaun besar) .Mas
cotek atau dalam bahasa saintifiknya, Ficus deltoidea merupa-
kan tumbuhan yang kini mula mendapat perhatian, khususnya di
kalangan pengamal perubatan tradisional. Selain Tongkat Ali
dan Kacip Fatimah, Mas cotek dikenali kerana khasiatnya yang
dapat merawat pelbagai jenis penyakit dan baik untuk penjagaan
kesihatan.Nama Mas cotek adalah merupakan nama tempatan yang
popular di pantai timur Semenanjung Malaysia. Di negeri Sabah
dan Sarawak,juga Kepulauan Kalimantan, tumbuhan ini dikenali
dengan nama ‘sempit-sempit’. Terdapat juga suku kaum di Sabah
yang menggelarnya sebagai ‘agoluran’. Di Indonesia, tumbuhan ini
dipanggil ‘tabat barito’ dan beberapa nama di daerah lain seperti
ara jelatih, ara tunggal, api-api telinga gajah dan api-api telinga
kera. Di Afrika pula, ia dikenali sebagai ‘Kangkalibang’. Walaupun
sedemikian, nama Mas cotek adalah merupakan nama yang paling popular
dan dikenali jika dibandingkan dengan nama-nama tempatan yang lain.
Nama Mas cotek diberi disebabkan oleh bintik-bintik halus berwarna
emas yang terdapat pada permukaan atas setiap helaian daun tumbuhan ini.
Di Malaysia, para saintis telah mengenalpasti bahawa terdapat lebih dari-
pada 80 spesis tumbuhan tergolong di dalam keluarga Ficus deltoidea.
Tumbuhan yang dikenali sebagai ara juga merupakan salah satu spesis
keluarga Ficus deltoidea. Ficus deltoidea Jack atau Mistleteo fig adalah
di antara spesis yang diklasifikasikan secara saintifik dan ia tergolong
dalam keluarga Moraceae.Tumbuhan herba ini mampu merawat dan mengekalkan
tahap kesihatan, termasuk meningkatkan tenaga, membaiki peredaran darah,
mengecutkan rahim dan merawat paru–paru berair, darah tinggi, kencing
manis, lemah jantung serta cirit – birit.

Kajian yang pernah dibuat oleh Universiti Malaya (UM) serta Institut Peny-
elidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) tumbuhan ini mengandungi
empat bahan aktif yang diperlukan badan manusia iaitu:

FLAVONOID

Anti-oksida yang kuat bagi membantu mengekalan peredaran darah yang sihat
Bertindak sebagai anti-radang dan anti-rival

TANNIS

Menegangkan tisu yang kendur, mengeringkan perembesan air yang berlebihan
(ciri-birit) dan melindungi tisu rosak seperti ekzema atau melecur
TriterpenoidsMembantu membuang serta mengeluarkan kahak dan membantu
menyerap nutrient

PHENOLS

Membantu mengurangkan serta menghilangkan bengkak dan bertindak sebagai
antiseptik. Hampir keseluruhan komponen pokok Mas Cotek daripada akar,
batang, daun dan buah mengandungi khasiat perubatan yang tinggi. Jadi
kesemua komponen bolehlah dikeringkan dan dijadikan / diamalkan dalam
bentuk minuman teh
herba.

Wednesday, June 3, 2009